see her laugh

perhatikan si mek jah ini ketawa.

yeahhh, ku kira jika profesional dan kualiti gambar, terbaik jika ia tidak shaking begini tapi kurasaraksasakan bahawa ianya lebih dramatik begini ~ alasan untuk keamateuran diri sendiri.
tunggu leaaa… selain pandai masak, skil dalam lanskap, interior designing dan lovemaking, dan kaya raya semua harta dunia akhirat kecuali hutang, husband ku jua photographer terulung di mana aku adalah modelnya a la jean shrimpton whateverrr.

masa raya pertama, azmee tengok aku in that burgundy
“wuihhh! cousin aku ke ni? cantiknyaaa!!!”
moi: bertahun-tahun dah aku beraya kat rumah kau, baru tahun ni kau nak puji? *lepas tu tersipu-sipu ayu* terima kasih!

things that happened masa raya kedua

sebelum berangkat ke rumah nenek si mek jah di sungai petani —
azmee to qieqie, “hang tengok kakak hang niii? suraya, lepas ni kita pegi dating!”
moi: yesss… lepas tu, sharifah kau terjun jambatan pulau pinang.

on the way nak sampai jambatan pulau pinang, nampak kedai cina jual benda-benda yang nak dibakar untuk ‘postage’ ke alam barzakh mereka. dalam mercedes ni, siap ade driver sekali, okae!

mek jah dapat adik baru. bawah bantal adik mek jah ade simpan harta karun. semua orang jadi jakun.

azmee terjatuh masa main bola dengan mohd amin. damn aku patut tangkap gambar masa itu.

real-life size mohd amin adalah lebih kurang size in picture
real-life size mohd amin adalah lebih kurang size in picture

after sungai petani, singgah kepala batas. masa nak solat maghrib, aku tunggukan aunt B habis solat sebab tak cukup sejadah. bila dia dah after syahadah di tahiyat akhir, aku start pakai kain. time dia lepas bagi salam aku dah sarung telekung. pastu aunt B suruh aku tukar telekung dengan dia. dehelll, aku dah pakai habis, dia suruh aku tanggal jugak then lipat balik. kitorang pun silent quarrel sesama sendiri sebab masa tu mum tengah solat. tau-tau aku pakai telekung tu terbalik. aunt B berhenti bergaduh sebab nak ketawakan aku. “ketegaqqq punya budak!”

raya keempat


aku tengah edit gambar afiq. pastu alane nak jugak tegur dengan tidak sesuainya, coming from a father-yang-sepatutnya-lebih-tinggi-sikit-tahap-wisdom-dari-aku —
“since you like babies so much, kawin lea cepat!”
moi: yesss… hantarkan kepadaku arjuna itu, gile.