au revoir

ape ade kat blog aku?
aku tanya diri sendiri.

cerita-cerita terperinci tapi berterabur semua nak luah sampai tak cukup tanah.

cerita-cerita yang mengcharacter assasinate tagg — sempena hari raya aidilfitri pertama esok, meraikan kemenangan berpuasa (seperti kata wani ardy), dan juga ulangtahun kamu ke-30, selamat happy birthday, dear! i love you like kasih sayang, bukan cinta (seperti nyanyian hardy mirza). despite aku selalu maki hamun kau (pharhunt, dah lama aku tak maki hamun kaulike seven years ago was the last one bila kau gelakgelak je lepas aku buat pengakuan love like cinta, bukan kasih sayang), encik syahrul ‘tagg’ nizam, i am sorry and i know that you are one of the best of friends… when you are good.

cerita-cerita, konon-konon gossip girl nak rival dengan kak pora ku sayang yang sekarang bahagia sedang bergolek-golek di batu pahat.

cerita-cerita tentang kekasih-kekasih gelap
anthony bourdain dan takuya kimura

cerita-cerita nak bunuh diri yang habis takat luah keluar dari hati ke keyboard laptop
sebab aku tak memilih, lelaki-lelaki yang memilih. nak jugak tak sedar diri.
dan aku tak mahu berkawan apetah berboyfriend. aku nak bernikah segera.
my biological clock is at its pre-ticking like mad.

cerita-cerita tentang kucing
oh ya, luesi sekarang tidak lagi luesi marita antoinette.
luesi sekarang aku bagi nama baru, tapi masih keturunan diraja
luesi victoria _____ (nama ketiga belum ade lagi)
victoria sebab luesi sekarang semakin gemuk. bulu-bulu tumbuh kembali dengan sihat.
pagi semalam dia kejar kenya sampai kenya masuk bawah sofa. dan luesi sampai cuit-cuit bawah sofa nak cuba tarik kenya keluar.
cerita ini untuk jasmine.

cerita-cerita tentang hantar baju engineered by shanny, online shopping, duit.
tentang apa aku masak, rancangan teevee yang aku devotedly nonton dan download
sampai alter ego aku adalah blair cornelia waldorf.

keluarga dan kawan-kawan.
pembaca blog.
terima kasih.

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
be safe wherever you are.