stalkerita

bila aku tengok this guy nyer fb kan, i will scrutinize his updates. baca wall-wall posts-posts dia. those girls’ nyer responds tu buat aku berspekulasi ala team csi: miami bahawa dia telah merenyam-renyam dengan pompuan-pompuan yang terpampang-pampang on his walls.

lepas tu aku akan mencarut kepada gambar profilenya beria-ia disebabkan instant female jealousy yang tidak ada suara tenang horatio memujuk. (-_-“) haih.

masa aku marahkan this guy sesangat pada suatu hari itu, aku melupakannya dengan menjamu selera di restoran pak ronald bersama L dan qieqie. masa tu L belanja. masa tu kitorang tiga beradik conquer kaunter — tak ramai orang masa tu sebab baru lepas maghrib.

masa tu jugak kan, dia telefon. secara instantnya juga, aku telah melompat-lompat sisi kearnaban dari hujung kaunter ke hujung lagi satu.  masa tu aku tak fikir lah apa reaksi pekerja-pekerja mcdonald’s itu, samada yang di belakang kaunter, di tepi tempat goreng kentang jejari dan di belakang dapur itu mahupun orang-orang awam yang sedang menjamu selera, masa tu aku tengah sibuk tanya L dengan qieqie nak jawab telefon ke tak, nak jawab ke tak? dan mata aku tertumpu pada skrin layla yang mungkin sedang senyum lebar kepada tuannya kerana membawa panggilan dari seseorang yang boleh buat tuan dia melompat sisi kearnaban.

(-_-“) haih.