we made you

today i saw two women drivers — bertudung, berkacamata. seorang membawa myvi merah (ouuu garang) dan seorang lagi membawa kancil lama warna putih. dua-dua bagi high beam kat the car yang datang dari kanan memintas jalan lurus dilalui kedua-dua women drivers ini respectively.

pada aku, berlagak siottt. kereta kecik sikit nak kasik high beam — tengah hari buta plak tu. chill lea. bukannya kau laju sangat pun, sempat je kau nak control speed. kalau tak mesti dah berlanggar.

okey, rugi minyak lea tekan brek semata nak kasik konon-kau-bawak-v6/merc-aku-kena-kasik-jalan-bawak-je-kereta-besar-tapi-otak-tarak.

tapi ntah, dah aku prejudis dengan those women drivers tu. sebab mereka bertudung dan berkacamata? yeah — diorang tu kecah (kecah aku maksudkan kecah) laaa. walaupun juez is exactly bertudung dan berkacamata, tapi dia tak tergolong sebab aku tau kecekapan dia memandu kereta. dan aku tak tergolong sebagai kenalan of these women drivers yang lebih mengenali pemanduan mereka.

women drivers memang bermasalah (biasa). men drivers pun macam berbudi pekerti sangat — dengan mat rempit pun nak ajak lawan racing. if it is worth  a total fullstop for the mat rempit lain cerita, ini dengan anak bini kau nak nyawa mereka dipertarungkan. itu sebab dia bawak lori/bas/teksi — tak tercapai akalnya. bawak je bee-em, tapi otak tarak.

maka dengan ini telah saya sampaikan ketidakpuashatian saya dan kesedaran sivik saya dan peringatan untuk saya memandu dengan lebih berhemah di jalan raya.

betul… once kita masuk kereta yang diberikan nama timangan, start enjin, pegang stereng dan tekan minyak — hilang semua budi pekerti, kemahiran berkomunikasi dan kecekapan pengurusan yang boleh juga diaplikasikan dalam pemanduan anda tapi kalau nak bagi signal pun malas, apetah lagi nak ikut speed limit… nggak?