overcompensate

aku rasa masa tu umur 8 tahun kot. pegi dinner mc donald’s kat subang parade. dengan mum, dengan L, dengan maid masa tu. first time minum hot chocolate. hambik kau, untuk buds ultra sensitive di lidah budak berumur lapan tahun, sedutan pertama hot chocolate mcd tu rasa macam kena kejutan elektrik 800 juta megavolt.

aku tak ingat lea aku teriak ke tak sampai mc donald’s tu berhenti beroperasi dan si badut ronald mc donald tu pujuk aku, tapi yang pasti menangis lea of course. yang mampu ingat sampai sekarang, macam mana mum immediately sedut sekali hot chocolate tu lepas aku. untuk sama-sama rasa sakit dengan anak.

haih… mum. layankan saja nak kena explain berulang-ulang. cakap perlahan-lahan, word by word — aku ni memang bullet train.

+ + +

aku suka pegi subway kat kelana jaya. tak pernah kalau aku pergi dan bila balik tu tak rasa puas dengan keramahan staf-staf di situ. tapi ye lah, wajib staf lelaki je yang ramah dengan aku. tak faham aku kenapa bila staf perempuan dengan aku yang sekaum dengannya tak reti nak balas senyuman aku. lepas tu kau nak mengumpat kat belakang kata aku gatal. ahhh lantak kau lah. tapi tadi that girl tu baik bagitau ais dah tak ada dalam mesin tu.

tadi, sebab nak overwrite dinner yang tak best dan sebelum aku meragam tak dapat latte, pegi order satu kaki, satu large coke, dan satu latte. staf subway (lelaki) memberitahu guwe yang soon latte dah takkan ada di subway. tak banyak demand dan mungkin pun akan naik harga. haihhh.

suggest: tengok cerita jepun. tahap kesopanan yang tinggi. belajar untuk tunduk sikit tanda hormat sebagai acknowledgment atau setiap kali lepas kamu diassistedkan, terutamanya oleh retail staffs dan security guards. they are the most underpaid and underappreciated workers in the employment. memang lea ade setengah tu jenis yang tak makan saman, nak aku highlight jugak ke… pepandai kau lea.

whatever lah. besides the simplest pleasure (food), the other simplest pleasure in life is just being nice to strangers and knowing that they appreciate you being nice to them.

+ + +

kalau makan lontong kat seksyen 14… mum suka bayar air sepuluh ringgit to this particular shop walaupun jumlah sebenar tak sampai lima ringgit. sampai orang tu kejar mum nak pulang balik baki. the only one reason mum is able to stop the lady when mum said, “untuk anak-anak.”

+ + +

kalau bayar parking kat parkview — yang selalunya aku insist suruh masuk jugak walaupun kekadang tu singgah tak sampai lima minit — mum mesti nak bayar lima ringgit kalau this particular lady yang jaga booth (harga tiket cuma dua ringgit).

 

sometimes, maybe, kita overcompensate… bukan?

selfish ke kita ni?