hari sabtu lepas lepas

hari sabtu lepas. bangun lambat. mandi-mandi jumpa shanny. bawak kain-kain nak buat kurung moden. remind shanny to check measurement sebab aku rasa aku dah gemuk. dia cakap semua measurement sama je, tak gemuk tak kurus. yeayyy.

on the way balik dari rumah shanny, tengah fikir-fikir nak ambik ke tak baju yang dah tersadai seminggu kat post office. tapi kesian mum tunggu lagi half an hour, hari dah nak tinggi. tak syok drive ke kl panas-panas.

oui, aku lebih suka driving ke kl dari ambik public transport. traffic tu normal lea, kata kotaraya. tak traffic, tak kl lah. traffic pun time kau nak himpit-himpit cari/keluar parking, kat junction, traffic light, lepas tu okey bila dah on the road. kau dah letih-letih berjalan lepas cari barang pun, dah masuk kereta sendiri jadi okey. tak perlu beratur beli tiket — kau bayar tiket parking kau dah boleh berambus. tak payah berebut tempat duduk. air-cond boleh pasang maximum hala kat kau. boleh jerit-jerit kat orang kat luar tu yang lembab bawak kereta/menunggang motor/berjalan. boleh dengar lagu sendiri dari melayan earphone speaker pecah orang lain. boleh gelak huha-huha kat telefon (jangan memandu sambil berbual di telefon bimbit anda). itu hujah-hujah aku kepada kauuu yang rasa bawak kereta ke kl itu menyusahkan/aktiviti bodoh. bodoh lea kau ni.

mum nak beli kain nak buat baju kurung. bila time-time aku rasa aku berbelanja lebih dari mak aku, aku rasa lega teman dia ke kedai kain pilihan dia. walaupun parked kereta kat jalan balai polis lepas tu menapak ke fah num.

ohhh, sebelum tu kitorang go through petaling street. bestnyaaa cuci mata. allll the mat salehhh. aku teringat anysz insists suruh aku cari a mat saleh bf. aku nak yang tu, yang tu, dan yang tu. yang ni, yang ni, yang ni pun nak jugak. okey, tapau!

kat fah num…
mum to towkay: lu tau, saya bagitau anak saya (tunjuk kat aku)… masa saya muda-muda dulu saya kerja kat jalan ampang, balik lalu sini mau pegi itu old klang bus station. tengok kedai awak, mau masuk saya takut. sekarang anak saya sudah 26 tahun, kedai lu ada lagi… baru sekarang saya berani masuk.

satu meter kain 70 hengget… aku beli kain siap buat baju kurung moden pun baru 75 hengget. sesungguhnya aku rasa tak keruan kalau aku berbelanja lebih dari mak bapak aku. each time aku makan sedap-sedap dengan kengkawan atau beli benda semahal yang aku mampu, serba salah conscience aku sangat tinggi. macam contoh sazali suruh aku pakai camry baru. selagi bapak aku tak tukar kepada volvo atau camry, aku memang takkan langsung opt for it — prefer yaris lah. atau caldina. yeayyy.

mum tak bagi aku pakai tube untuk this kurung moden see through aku buat ni. mum insisted aku buat camisole. saleswoman tu bagi this kain “italian silk” (i think so atau setakat gimik jualan) yang 50 hengget semeter. mum suruh dia cari yang lagi murah budget 20 – 30 hengget semeter. tak nak jugak bayar 50 hengget semeter, saleswoman tu kata aku cuma perlukan 0.8 meter untuk buat camisole tu.

teringat sazali suruh aku pilih kain cantik-cantik untuk aku revamp wardrobe baju kurung aku. berhati-hati bila memilih, okay. yang gulungan menipis itu maknanya ramai orang dah beliii walau macam mana kau meleleh-leleh air liur, tumbuk meja, menangis dengan mukus berlumuran nak kain tuuu jugak. forget it.

moving on — ting, ting, ting 6++ — mum nak sangat pegi popular bookstore. the thing about mum, she loves a good bookstore + stationery shop. mum and moi memang suka menghabiskan masa kat gedung-gedung sebegini. jadi ralit, jadi macam a kid inna candystore.

aku dah dengar bait-bait, desas-desus sekarang ni penulisan melayu semakin menarik. aku cuma percaya dengan ahadiat akashah. dan aku adalah simon cowwell. impress moi. ternyata aku immmpresssivaaa. mencuit hati is defined in my book bila aku picked up the books tentang kanak-kanak dan mereka di sekolah asrama. interesting, creative, lovely, amusing and foremostly, mencuit hati. cerita pasal battling kegemukan, kids say the darndest things… aah, so ignorant nyer to be kids yet they are the most sensitive and most honest beings, sebab mereka innocent. aku ni, dah semakin menua (termasuk kau jugak chap, tu sebab qieqie salam cium tangan, haha!) dan semakin berpura-pura dan jarang nak honest (tu sebab menangis sebelum tidur memikirkan dosa). haihhh… bestnya duduk dalam that bookstore. escapism. tengok cover-cover buku cerita dalam bahasa mandarin — seronoknya kalau aku boleh pick up and read. berangan nak beli kamus bahasa melayu-jepun. 90 henggettt! lagi mahal dari kain aku. err… kemudian lah.

lepas kena charge circa 90 hengget jugak kat popular bookstore, mum and moi pegi kedai bunga. mum macam a kid in her-another-favourite candystore. sekarang main fresh flowers je kat rumah — tapi tak tahap elton john perabih 1500 pounds monthly — belum mampu lagi. beli lilies, beli lavenders, beli roses. ada satu peti sejuk besar simpan orchids. “if roha sees this, she’ll dieee.” mum suruh aku beli untuk roha bawak pegi kelas esok — “dah habis kelas lah, mum.” i told mum when roha graduates, i’ll get her orchids and when i graduate, she’ll get me lilies. future fiance can get moi a cartier ring — pegi loan joe bennett.

lepas habis semua tu, kitorang cari kat mana kitorang park kereta. haha. tak jumpa kereta. refuge kat kedai mamak, makan-makan, minum-minum dulu. lepas tu cuba cari balik kat mana park kereta. singgah kedai wholesale jual trinkets. mum nak cari something for her bag’s zipper… in the end aku yang loan 50 hengget beli bracelet dengan rantai. mummmm! semua benda yang aku beli adalah yang mum tunjuk-tunjuk. “aaahhh… this would go beautifully with your baju kurung bila shanny dah siapkan nanti…” yang aku tunjuk-tunjuk pun mum approve. agak mengejutkan juga… oui.

jumpa kereta. pulang. dad beli ikan, beli telur ikan. suruh buat kari. aunt M came over bawak tiga tupperware rendang. semata-mata sebab hari tu aku tak sempat nak pegi rumah dia lepas aqiqah umar sebab the next day aku ade kelas. seronokkk torture chap kat kampung ajak datang rumah. ajakajak rendang ayam, nehhh.