diagnosed: anxiety attack

“you have the most beautiful ECG. i love to see the v4, v5, v6… all evenly spaced. no up and down. no silent heart attack.”

just. very. stressed.

20081006_entourage_560x3751

somehow, bila dah keluar dari office and duduk dalam vesper sorang-sorang drive balik, memang sangat rasa macam dalam satu lorong gelap. lorong gelap yang memanjang. tak nampak apa-apa langsung. tau kan macam mana masa kecik-kecik dulu takut duduk dalam gelap. tutup lampu je, atau bila blackout, terus panik nak mati. macam tu lea perasaannya. menangis meratap macam mati laki. bersungguh-sungguh menangis teresak-esak. sedihkan ape pun ntah. cuma dah rasa sangat terbuku. rasa nak meletup tulang rusuk tatangkan depresi.

tapi yang aku suka hari ni, bila sazali experienced skin crawling, suruh aku kuatkan radio — “korang tengah cakap ape ni? kuatkan radio!”. and nurlin was ever supportive… thanks, babe.

dan yang paling aku suka walaupun meratap dalam hati fikirkan mum, is bila mum and dad datang clinic masa aku tengah buat ecg. doc talked to mum and dad while i waited outside. afterwards, they came out of the room and sat next to me side by side. dad terus bukak cerita pasal that device yang boleh pasang trent dalam vesper, and then we got to talking about movies and documentaries. lepas tu pegi madam lim for supper. masa tu rasa aku tak perlukan apa-apa. aku tak fikirkan sesiapa dalam kepala. aku nak hidup macam ni saja tanggung makan minum my parents. whatever they heart desired. rasa sangat bertuah, lebih bertuah dari orang lain. my mum and my dad sit next to me, side by side.

and you know the only thing their heart desired is to see their children healthy and happy.

“boleh tak bagi ubat berhenti menangis? asyik menangis je keje …”

kesian L panik meloncat-loncat passedkan celly to mum bila aku cakap aku tak boleh nak bernafas.

tapi aku marah also. dalam perasaan yang baru aku realize, aku memang antara yang terbaik… kalau tak, takkan dah masuk tiga orang cakap aku boleh cope better dari yang sepatutnya? tapi sekarang ni aku tak mampu to handle it better. walaupun aku masih muda, walaupun dulu aku memang excellent. sebab sekarang ni, aku letih. aku nak rehat. aku dah kongggg. fahammm?

tapi aku happy lepas jumpa family aku, kucing aku, hangout dengan roha dan bercakap dengan chap. ye, kau memang sangat menggembirakan aku. kalau tak, aku dah tak nak hidup. buat masa ini. i still have a place and an almost someone to come home too. sumpah, perasaan stress itu terus hilang.

dan datang semula anxiety attack itu bila aku bangun pagi kejap lagi.