bersedia untuk breakup

mari jatuh cinta dengan david cook. oui, setiap kali aku dengar lagu dia, aku tak larat bertahan. aku akan tukar siaran. tapi sekarang, aku sukakan teriaknya. huuu, seksi. oui.

sazali: kau sedih ke? tak nampak macam sedih pun…?

sila kumpul-kumpul lagu yang akan menemani kamu di saat-saat hampir malap ini. list boleh mempunyai satu lagu paling kurang dan inifinity and beyond paling maksimum mengikut selera kamu. lyrics optional sebab yang penting, banyak vokal menjerit dan meratap. it’s for the better, bebeh. lagi senang stimulate air mata untuk dipam-pam keluar dari jeritan hatimu yang sedang mengubat luka itu.

sila mula membina invisible brick wall setiap hari. besar kemungkinan kali ini breakup harus dihadapi sendirian. plasterkan batu-bata tu dengan tenang dan selamba. itu akan memastikan kualiti kerja yang mantap. kelak di masa ribut siklon batin kau bermula, tiada siapa yang dapat menembusi dinding kau dan tiada siapa yang akan perasan kewujudan kau yang sedang comot dan a la heroin chic ini.

ingat, walau comot tapi heroin chic (sebut sheek, bukan cheek). maka, tontonlah everything japanese. apa yang lebih chic dari japanese? tiada. contoh, lost in translation. paradise kiss. apa-apa takuya kimura (jangan bayangkan kau bercinta dengannya atau bercinta dengan seseorang sepertinya) — perhati segala yang stylish tentang takuya kimura. seriously, dia adalah the eastern interpretation of johnny depp. tapi dia tetap kimutaku, bukan deppster. oh, dan tonton everything french juga. apa yang lebih chic dari the french? japanese. marie antoinette — independent, berpoya-poya, stylish dan sangat kindhearted. makan baguette dan tingkatkan pengambilan caffeine.

pastikan kawan-kawan perempuan, notable gents dan kawan-kawan imaginary (bila kkp dan ng tidak available) bersedia on-call untuk panggilan meratap kamu. sekurang-kurangnya mempunyai seekor kucing because in (an almost) dog’s world, it can be considered as a man’s best friend. pokoknya, pastikan kamu ada kawan.

disarankan untuk menangis pada waktu tidur. cepat letih, cepat mengantuk, cepat rimas, senang tertido. kalau tak menyempat, sila cari bilik air awam dan menangis senyap-senyap. menjerit senyap-senyap. mufflekan sniffling kau menggunakan tisu kleenex. ia berkesan. dan lembut pada kulit juga.

pada waktu kritikal ini, hati akan hancur luluh dan dibina semula. selepas melalui tahap pembinaan semula, dijangkakan hati masih vulnerable dan akan sentiasa menggeletar bagai menantikan saat ia akan hancur semula. dan ia akan. jatuh bangun sendirian. macam tak biasa.

ada apa-apa lagi aku tertinggal?

yelah. yang aku nk tinggalkan adalah kau. tapi kau jugak yang muncul.

kau nak apa…?

sazali: aku dah malas nak ulang. bagi dia space. bagi dia peluang tu.

jangan cuba-cuba nak pegang. nanti susah kau nak lepas.

aku nak tido.

tidur adalah eskapisme yang hebat.