mirage

kepada orang-orang yang suka meng-psycho, tolong jangan psycho aku. aku budak baik. aku tak suka dipsycho. sebab aku suka berfikir. dan secara refleksi aku memang terlebih analisis. dah aku memang begitu. kalau nak, cakap nak, dan buat macam kau cakap nak tadi. kalau tak nak, it’s cool, kita move on, neh? bukannya kau owe aku apa-apa. tapi kalau kau ada rasa hati tak senang, buatlah apa yang patut, kena ke aku ajar?

sepatutnya aku tak perlu psycho orang macam mana orang buat kat aku. aku tetapkan saja apa yang aku nak. kau takde apa yang aku nak, aku move on. bukannya aku yang kena ikutkan kau. kenapa aku nak dengan sesuatu yang kekurangan mengikut selera aku?

aku ni tak cukup bekerjasama ke? tak cukup baik ke aku ni? kau puji menggunung, tapi kau nak jugak psycho aku. aku. tak. suka. di-psycho. aku benci. aku letih. aku rimas.

anysz: suessy, kau belum pergi berperang lagi dah nak mengaku kalah.
suessy: kan lebih bagus kalau kita terus bunuh je orang jahat tu dan peperangan dapat dielakkan?

ch5fluer

sungguh, aku rasa lega dapat lari ke dunia harry potter. konon-konon aku kat common room berguru dengan hermione si disciplinarian. harry yang banyak diam dan asyik memandang tingkap. ron yang tak berhenti merungut tentang kemiskinan keluarganya. fred dan george yang membingitkan keadaan. ginny yang mencintai harry dalam diam — alah, dia tu pun tak sepathetic aku. monti ala-ala crookshanks.  bosan-bosan curi masuk the prefects’ bath. dalam tu ada macam-macam jenis bath gels yang keluarkan ntahapahapa jenis wangian dan buih sabun yang sangat entertaining dan amusing. dan disebabkan aku ni chill-intolerant, aku teringin sangat nak try butterbeer. makan buttered toast dan coffee macam live in the burrow. lepas tu test firebolt harry… whouuu!

aku nak lari jauh-jauh. betul lea aku memang kena migrate. ke perancis, circa 1770. seperti marie dikelilingi french dogs, aku akan ajar kucing-kucing aku cakap french. moeli reti minum kopi dan makan french toast. time tu aku tak payah online shopping, boutique owners yang datang buat appointment dengan aku untuk persembahkan barang dagangan. aku tak payah nak tunggu pesanan pre-order selama enam ke lapan minggu atau terpaksa mengadap sign ‘sold out’. aku tak layan opera, aku panggil harith buat stand up comedy dan suruh na’a murad speaking english dialek kelantan. tiap-tiap malam menari dan menari dan menari. bila bosan, lari ke petit trianon, buat dinner party dan main kejar-kejar keluar/masuk bilik. siapa yang tangkap kau, kau kena spend the whole night dalam bilik tu dengan orang yang dari tadi usha kau dan berusaha untuk tangkap kau masuk ke biliknya.

atau aku lah vesper lynd, aku lah olga kurylenko. hati kering. tak ada perasaan. ingat senang ke? memisahkan diri dari segala yang menghangatkan hidup kau satu masa dulu. senangnya jiwa cair dan jatuh mencurah dalam telapak tangan yang meng-psychokan kau. lepas tu… kau tau apa jadi kan?

memang tinggi imaginasi aku. sebab aku nak lari dari kau. hidup aku sebelum ni mana ada kau. otak aku ni dah compressed sangat, tahu? berusaha untuk tidak merungut, tidak berfikir, tidak mengadu, tapi kali ini aku tak ada sesiapa atau aku anggap semuanya terlalu sibuk untuk mendengar remeh aku. tak apa… aku ada tisu kleenex, ada nescafe 3-in-1 hi calcium milk yang macam rasa latte tu, aku okay. and that aku siapkan assignments aku — nanti eda mengamuk.

dengarkan saja instrumental rob dougan dari ost the matrix, dan segala yang elektronik dari the prodigy… dan aku larut. sementara supaya aku tak fikirkan kau. hati aku sendiri pun dah bertanya, apa yang penting sangat dengan kewujudan kau nikau tak dapat aku. tak ada sesiapa dapat akubelum lagi.

 

 

 

mengarut sudah.