bye bye baby

biarkan aku menangis. malam ni aku nak menangis puas-puas. i realized this is a first that i cried semahu-mahunya ever since then. bukan aku deny apa yang sedang terjadi, it’s only that i never really talk about it.

l

+ + +

a few nights ago, the fireworks were very loud. aku yang duduk dalam kereta tunggu L kat lrt pun terkejut, apetah lagi kucing-kucing aku. sophie dan monti terus menyorok bawah kerusi, walaupun mercun dan bunga api takkan masuk ke dalam rumah.

dalam hati aku meruntun teringatkan luesi. jauh ke mana kau lari menyorok?

+ + +

dad: luesi memang dah sakit since the last time i saw her.

mum: tak lah. dia melompat-lompat lagi acah kucing lain. sorok belakang dinding. tunggu kucing lain datang… dia nak lompat, nak sergah.

aku perasan ada time luesi a bit semacam. ada setengah time luesi akan duduk diam, macam tengah menahan sakit dengan tabah. sungguh ni, aku maksudkan setiap perkataan. macam orang yang alim, orang yang warak duduk diam berzikir menahan sakit. bukan lea maksud aku luesi tu kucing yang pious, cuma ekspresinya begitu.

+ + +

aku teringat satu ceramah kat radio ikim, ustaz tu kata betapa haiwan-haiwan semua bertawakal dengan Allah SWT. bertawakal masa nak beranak, takde nak ambik epidural atau buat ceasarean, cukup dengan tawakal mereka kepada Allah SWT.

aku baru habis baca movie spoiler marley and me. a few years ago, masa buku marley and me mula-mula launch, the editor of the book admitted that, “i cried like a little girl” bila dia habis baca buku tu. the editor is a man. marley was put to sleep after his stomach turned again (this is as per the movie, aku tak baca buku tu dan aku tak ingat cerita pendek yang aku pernah baca kat suratkhabar sekali dengan cerita pasal editor buku tu). john tak sanggup untuk marley terus sakit.

aku pernah signed the euthanasia form to put a cat to sleep selepas terlanggar and rectum dia terkeluar. aku almost signed another form untuk amber tapi dia dah mati dulu. i’m asking, is signing the euthanasia form is equivalent to abortion? mungkin next time aku akan ingatkan diri aku yang haiwan, selemah-lemahnya dibandingkan dengan manusia, lebih bertawakal dengan Allah SWT.

+ + +

aku teringat jasmine dah tak larat nak tanggung seksa bersedih mengadap realiti bila kucing mati. i did intended to reach out to her, to remind her that these things happened. kena bersedia yang kucing akan pergi dulu dari kita. yang walau sebebal-bebal makhluk tu suka panjat sinki atau tolak tudung saji jatuh ke bawah supaya dia dapat ikan goreng kat dalam tu — betapa dia tau untuk membawa diri bila dah tau time untuk ‘pergi’ supaya kurang seksa tuannya.

at least for me.

+ + +

lepas dinner kat paya serai dengan seronoknya, mum broke the news to me. egypt baru dilepaskan keluar dari sangkar lepas dikurung tiga hari untuk healing process after dikembirikan. mungkin dia terlalu seronok, dan mungkin kereta tu tak nampak egypt. since egypt masih baru lepas dibedah — aku tak perlukan mak aku untuk habiskan cerita. aku menangis dalam kereta dan terus masuk bilik. terjelepuk di kaki katil, telefon roha dan menangis lagi semahu-mahunya sampai roha pun bergenang air mata.

dalam hati aku marah kenapa mak aku fikir aku nak tengok egypt before dikebumikan.

+ + +

sedih tau kebumikan kucing. aku rasa aku dah pernah buat tiga kali. the last time was anak luesi yang tak sempat dikeluarkan dari karungnya masa dilahirkan. sebab aku tak sempat menegnali kucing tu, aku ingat aku takkan menangis. tapi teresak-esak jugak lea masa aku kebumikannya.

dalam hati aku doakan tak ada anjing gila berkurap terhidu bau mayat kucing-kucing yang aku tanam.

+ + +

monti tengah depress. dia macam ni lah jugak masa orked hilang dulu. sekarang luesi pulak hilang. telinga monti sentiasa ke bawah, macam telinga anjing bila tau kena marah.

+ + +

luesi pengarang jantung mak aku.

mak aku macam okey.

kot.

sharifah kata kalau dia dah meratap bagai nak rak. baru ni adik sharifah hantar kucingnya for an operation. the cat never wakes up after its sedation. adik sharifah meraung satu vet. aku teringat masa sophie dikembirikan. dua jab kena ambik sebab terlampau agresif. seriau jugak tengok sophie lepas operation. it took her 48 hours to recover. mak aku sampai tidur tepi sangkar jagakan sophie.

+ + +

luesi, please come home. i don’t want to sing bye bye baby.

it’s okay, luesi is always a fighter. else, HE looks after her.

bila sesuatu tu dah tamat tarikh pinjamannya, masa tu aku sedar yang aku tak mampu memiliki segala-galanya. lebih baik hilang satu persatu dari hilang segala-galanya one shot… bukan?